Saturday, January 12, 2013

0

Jom Berpuasa

Posted in

Semoga berguna dan bermanfaat. ^_____^


0 comments:

Friday, January 11, 2013

0

Definisi Perpustakaan

Posted in


Perpustakaan

Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah "Perpustakaan Kongres".


Jenis-jenis Perpustakaan

Perpustakaan Negara
Perpustakaan negara merupakan perpustakaan terbesar untuk sesebuah negara dan mempunyai koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga dijadikan "Pusat Bibliografi Negara". Pengguna untuk perpustakaan negara adalah orang awam sama ada rakyat negara terbabit atau masyarakat luar (terutama penyelidik yang mahu membuat kajian terhadap negara terbabit). Belanjawan perpustakaan negara adalah di bawah kerajaaan yang mentadbir sesebuah negara itu. Contoh perpustakaan negara ialah Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan akademik
Perpustakaan akademik merujuk kepada perpustakaan yang terdapat di institut pengajian tinggi dan koleksi-koleksinya berasaskan kursus yang terdapat di pusat pengajian tinggi tersebut. Ia dibuka kepada para pelajar, pensyarah dan penyelidik luar. Contoh perpustakaan akademik ialah Perpustakaan Universiti Sains Malaysia Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ, Universiti Teknologi Malaysia) dan Perpustakaan Tun Dr Ismail (UiTM, Johor).
Perpustakaan awam
Perpustakaan awam merujuk kepada perpustakaan negeri. Perpustakaan awam dibiayai oleh kerajaan negeri masing-masing dan koleksinya adalah menyeluruh. Penggunanya adalah sama seperti perpustakaan negara tetapi ia lebih menekankan kepada masyarakat setempat. Contoh perpustakaan awam ialah Perpustakaan Awam Melaka.
Perpustakaan khusus
Kebanyakan perpustakaan khusus adalah perpustakaan yang dibina oleh syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai koleksi berkaitan perniagaan mereka. Sebagai contoh Perpustakaan Khusus SIRIM yang mengandungi koleksi hanya berkaitan SIRIM sahaja. Penggunanya pula adalah kakitangan SIRIM dan penyelidik luar yang mahu maklumat mengenai SIRIM.
Pusat sumber
Apabila berkata mengenai pusat sumber, ia lebih merujuk kepada pusat sumber sekolah. Koleksinya pula hendaklah berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum dan ko-akademik sekolah. Namun permasalahan yang terdapat di dalam pusat sumber kini adalah kekurangan koleksi berbentuk ilmiah dan kebanyakan pusat sumber hanya menumpukan kepada koleksi berbentuk luar dari ilmiah seperti novel.

Pusat Sumber Sekolah bukan hanya sekadar bilik-bilik tertentu, tetapi keseluruhan prasarana yang terdapat di sekolah, bermula dari pintu pagar hingga ke seluruhan kawasan sekolah yang menjadi sumber pendidikan. Ianya termasuk bilik-bilik khas, taman-taman, kantin atau apa sahaja yang boleh dijadikan rujukan.

Selain daripada 5 jenis perpustakaan di dunia, terdapat pecahan kecil yang mengungkai cara perpustakaan-perpustakaan ini bergerak iaitu:
Perpustakaan tradisional
Perpustakaan digital
Perpustakaan maya
Perpustakaan campuran

Perpustakaan terkenal di dunia

  • Perpustakaan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Perpustakaan Awam New York di Kota New York
  • Perpustakaan Negara Rusia di St Petersburg
  • Perpustakaan British di London
  • Bibliothèque nationale de France di Paris
  • Perpustakaan Kongres di Washington, D.C..
  • Perpustakaan Alexandria dan Bibliotheca Alexandrina moden di Mesir
  • Perpustakaan Ambrosian di Milan
  • Perpustakaan Assurbanipal di Nineveh
  • Perpustakaan Bodleian di Universiti Oxford
  • Perpustakaan Sains Ekonomi dan Politik Britain di London
  • Perpustakaan Butler di Universiti Columbia
  • Perpustakaan Universiti Cambridge di Universiti Cambridge
  • Perpustakaan Carnegie di Pittsburgh
  • Carolina Rediviva di Universiti Uppsala
  • Perpustakaan Diraja Belanda di The Hague
  • Perpustakaan Eropah
  • Perpustakaan Fisher di Universiti Sydney
  • Perpustakaan Awam Franklin di Franklin, Massachusetts
  • Perpustakaan Percuma Philadelphia di Philadelphia
  • Perpustakaan Garrison di Gibraltar
  • Perpustakaan Harold B. Lee di Universiti Brigham Young
  • Perpustakaan Parlimen, Westminster, London
  • Perpustakaan Undang-undang Jenkins di Philadelphia
  • Perpustakaan John Rylands di Manchester
  • Perpustakaan Universiti Leiden di Universiti Leiden, Leiden
  • Perpustakaan Kongres di Washington, D.C.
  • Perpustakaan Sir Thomas Browne
  • Perpustakaan Mitchell di Glasgow
  • Perpustakaan Negara Australia di Canberra, Australia
  • Perpustakaan Negara Ireland, Dublin
  • Perpustakaan Awam New York di New York
  • Perpustakaan Sejarah Perubatan Osler, Universiti McGill , Montreal, Kanada
  • Perpustakaan Gondishapur
  • Perpustakaan Powell di UCLA
  • Perpustakaan Negara Rusia di Moscow
  • Perpustakaan Diraja di Copenhagen
  • Perpustakaan Pusat Seattle
  • Staatsbibliothek di Berlin
  • Perpustakaan Negeri Victoria di Melbourne
  • Perpustakaan Memorial Sterling di Universiti Yale
  • Perpustakaan Vatican di Vatican City
  • Perpustakaan Widener di Universiti Harvard (Perpustakaan Universiti Harvard)

0 comments:

2

Prologue

Posted in




Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.
Pertama sekali,syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya laman ini telah dibuka dengan jayanya.
Saya amat berbangga kerana PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat(SMKJP) iaitu Gedung Za'ba telah pun mempunyai sebuah laman blogspot yang bukan sahaja dapat berkongsi maklumat mengenai PSS dan sekolah sendiri malah dapat berkongsi ilmu yang memanfaatkan pembaca.Disamping itu juga pembaca dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti-akitviti yang telah dianjurkan oleh PSS SMKJP dan beberapa momento yang berlaku pada tahun ini.Tidak terlupa juga guru-guru PSS dan pengawas PSS yang lain kerana banyak membantu dalam menjayakan laman ini.Terima kasih saya ucapkan.

Melalui laman ini juga,PSS sekolah dapat melalui proses transformasi yang hebat selari dengan arus modenisasi negara dimana internet menjadi salah satu "perpustakaan dunia".Kemudahan laman ini telah memudahkan pihak luar melihat PSS SMKJP juga mampu menjadi yang terbaik di antara PSS di sekolah lain.

  Saya berharap semoga laman ini dapat memberi manfaat yang berguna bukan sahaja kepada pelajar sekolah ini sendiri malah pihak pembaca juga.Dengan ini saya mengakhiri ucapan saya dengan
Assalamualaikum wbt..
:)

2 comments: